Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AMK: Mahkamah Syariah turut bicara kes Anwar
Diterbitkan:  Dec 11, 2009 4:29 PM
Dikemaskini: 11:48 AM

Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.

NONE Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mereka, prosiding Mahkamah Syariah boleh berjalan serentak dengan prosiding di mahkamah sivil.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua umum PKR itu telah menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan 'satu lagi plot' kerajaan terhadapnya.

NONE Shamsul membidas menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Datuk jamil Khir Baharum yang dilaporkan berkata perbicaraan di Mahkamah Syariah hanya boleh diadakan selepas selesai perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah sivil.

Ketua AMK itu mendakwa, kenyataan Jamil tersebut - ketika menjawab soalan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat - adalah menghina Mahkamah Syariah.

Menurutnya, jawapan menteri itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil.

[Baca berita penuh]

ADS