Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bajet 2010: MP Tapah penyelamat BN
Diterbitkan:  Dec 15, 2009 1:57 PM
Dikemaskini: Dec 16, 2009 2:28 AM

Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan menjadi penyelamat kepada kerajaan Barisan Nasional di Dewan Rakyat semalam selepas undinya telah membolehkan Bajet 2010 diluluskan.

Semuanya berlaku lewat malam tadi apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjalankan undian bagi meluluskan rang undang-undang bekalan 2010 itu - untuk perbelanjaan kerajaan tahun depan.

Rang undang-undang tersebut diluluskan dengan hanya kelebihan satu undi 64-63 undi - ekoran kemunculan Saravanan pada saat-saat akhir untuk mengundi menyokongnya.

Saravanan berkata, beliau sedang menghadiri satu majlis di bandaraya malam tadi apabila menerima panggilan telefon pada kira-kira jam 10.40 malam memintanya berkejar ke Parlimen ketika proses pengundian sedang berjalan.

Beliau sempat mengundi dan kemudian merasa lega apabila mendapat tahu yang rang undang-undang itu diluluskan hanya dengan kelebihan satu undi.

Katanya, beliau bernasib baik kerana majlis yang dihadirinya itu tidak jauh di Parlimen dan membolehkannya sampai dalam beberapa minit sahaja. Lagi

[Baca berita penuh]

ADS