MP DAP tuntut akses periksa ‘penjara’ Najib di Jalan Langgak Duta
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng hari ini menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengatur lawatan pemeriksaan rasmi ke kediaman bekas perdana menteri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebagai penjara.
Wakil rakyat DAP itu berkata langkah berkenaan bagi membolehkan mereka selaku ahli Parlimen meneliti aturan keselamatan dan pemantauan sepanjang tempoh tahanan rumah Najib.
/file/attachments/orphans/3546534534_114053.jpg)
Lim, yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Dewan Rakyat, berkata pemeriksaan itu akan membolehkan mereka menilai sama ada peraturan dan prosedur berkaitan pelaksanaan tahanan rumah Najib dipatuhi.
"Saya meminta menteri mengatur lawatan pemeriksaan rasmi bagi ahli-ahli jawatankuasa ke kediaman Najib yang kini diwartakan sebagai penjara, mengikut prosedur dan kawalan keselamatan yang ditetapkan.
"Kami mahu memeriksa sendiri pelaksanaan kawalan dan pemantauan peraturan.
“Jika semuanya teratur, tiada alasan takut pemeriksaan daripada Parlimen," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Dalam Negeri di peringkat jawatankuasa bagi Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Najib mula menjalani tahanan rumah pada Rabu, 10 November lalu selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di kediamannya, berkuat kuasa serta-merta.
Hakim, Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas mengetepikan perintah pelepasan atas pembayaran denda RM50 juta yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 November dan menggantikannya dengan perintah yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.
/file/attachments/orphans/NajibRazak2_998141.png)
Perintah itu selaras dengan pengampunan bersyarat yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 September 2026, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman kes SRC International di rumah selepas membayar denda RM50 juta.
Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada 2020 selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Pada Januari 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjaranya kepada enam tahun dan denda kepada RM50 juta.
Najib dijadual menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 sebelum kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos untuk menjalani hukuman bagi kes berasingan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lim turut mempersoalkan dakwaan kementerian bahawa pengaturan tahanan rumah Najib tidak melibatkan kos tambahan, meskipun tiga pegawai penjara ditempatkan secara tetap di kediaman itu, selain anggota polis turut dikerahkan berkawal di sana.
/file/attachments/orphans/5353454_502916.jpg)
Katanya, ketiga-tiga pegawai berkenaan sebelum ini bertugas di Penjara Kajang dan dia mempersoalkan siapa yang ditugaskan untuk menggantikan mereka.
Lim turut meminta penjelasan mengenai kos perjalanan, elaun dan penugasan anggota polis, selain kesan pengaturan itu terhadap kawalan keselamatan di penjara biasa.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/213453454533_244043.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.