Gobind gesa Zahid, menteri Umno letak jawatan jika tak setuju dengan PM
Menteri daripada Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi wajar meletakkan jawatan jika mereka tidak lagi yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.
Gobind juga menyifatkan cadangan Zahid supaya Anwar membubarkan Parlimen dan bukannya merombak Kabinet susulan peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan, sebagai tindakan tidak menghormati perdana menteri.
Zahid dan Umno sebelum ini menyatakan hasrat meninggalkan Anwar dan PH bagi bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang dan mengambil alih Putrajaya.
"Jika beliau (Zahid) tidak yakin dengan kepimpinan (Anwar), beliau boleh meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri.
"Jika Umno dan BN tidak bersetuju dengan Anwar atau tidak yakin dengannya, mereka boleh meletakkan jawatan. Tidak perlu mendesak perdana menteri," katanya seperti dipetik FMT hari ini.
Umno dan BN ketika ini tidak mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang cukup untuk menjatuhkan kerajaan Anwar sekiranya mereka menarik balik sokongan.
/file/attachments/orphans/fad2eeasdas_203900.jpg)
Walaupun BN menarik balik sokongan 30 Ahli Parlimennya, Anwar masih mempunyai sokongan 126 Ahli Parlimen. Jumlah itu melebihi majoriti mudah sebanyak 18 kerusi.
Umno memerlukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk turut menarik balik sokongan bagi memberi kesan kepada kedudukan kerajaan.
Pakar sains politik dari Universiti Sunway, Wong Chin Huat, berkata perkara itu tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat kerana kerjasama dengan Anwar memberi banyak manfaat kepada gabungan parti dari Borneo itu.
Sementara itu, Gobind berkata DAP menyerahkan kepada Anwar untuk menentukan siapa yang akan menggantikan Loke sebagai Menteri Pengangkutan.
Anwar setakat ini belum memberikan sebarang isyarat bahawa dia akan melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/05/7e7d30a41a4652884ff3085171abe521.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.