Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perhimpunan bantah isu 'Allah' di tiga masjid
Diterbitkan:  Jan 8, 2010 2:11 PM
Dikemaskini: 12:37 PM

kemaskini 3.02pm Beberapa ratus menyertai demonstrasi di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan perkataan Allah di penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.

herald allah verdict protest masjid negara 080110 protesters 02 Perhimpunan dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Demonstrasi membantah isu yang sama turut diadakan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan masjid negeri di Shah Alam.

Perhimpunan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di tengah ibu kota itu dihadiri kira-kira 50 orang. Ia berlangsung hampir 20 minit.

Mereka menaikkan sepanduk bertulisan, antaranya, 'Jangan cabar toleransi Islam' dan 'Kalimah Allah hanya untuk kami', selain membacakan perisytiharan yang mengandungi tujuh tuntutan.

herald allah verdict protest shah alam masjid 080110 banner against khalid samad Di Shah Alam, beberapa orang mkelihatan melepaskan kemarahannya terhadap ahli parlimen PAS bagi Shah Alam, Khalid Samad, yang bersetuju istilah Allah digunakan oleh penganut Kristian.

Orang ramai turut menurunkan tandatangan pada petisyen bantahan di Masjid Negara dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sementara itu, lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan dalam dewan solat utama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai membantah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

Tiga orang berucap di perhimpunan tersebut, termasuk yang dipertua PIMPINAN - persatuan yang mewakili imam dan pegawai masjid serta jurunikah di Selangor.

NONE Dua lagi yang turut berucap ialah Yang Dipertua Abim Selangor,  Zawawi Ahmad Mughni dan Zamri Mohd Shafik yang juga pengerusi persatuan ulama Malaysia cawangan Selangor.

Perhimpunan tersebut dipengerusikan oleh Mahadi Mohamad yang juga pengerusi Pusat Darul Fitrah.

Sementara itu, imam besar masjid berkenaan, Ahmad Mustafa Mohd Sidin memberitahu Malaysiakini bahawa perhimpunan itu pada asalnya hendak diadakan di kawasan perkarangan masjid.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak dibenarkan oleh pihak polis sewaktu mengadakan pertemuan dengan beliau Rabu lalu.

Ahmad juga mendakwa ada pihak yang cuba menggunakan perhimpunan tersebut untuk tujuan politik mereka.

Beliau merujuk kepada mereka yang berhimpun di luar masjid yang membawa kain rentang mengecam Khalid Samad serta tindakan pihak yang turut kain rentang yang sama, ke tempat perhimpunan di dalam masjid tersebut.

"Kita tak bias kepada mana-mana parti politik," katanya sambil menambah bahawa itu adalah jaminannya kepada pihak polis.

herald allah verdict protest masjid negara 080110 banner 02 Bantahan terhadap penggunaan nama Allah oleh bukan Islam turut dibangkitkan dalam khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang dibaca oleh Ahmad hari ini.

Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya.

Keputusan itu mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam dalam tempoh seminggu ini.

Mahkamah yang sama bagaimanapun menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri.

ADS