Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tahan 34 didakwa rasuah pasir, habuan seks
Diterbitkan:  Jan 20, 2010 6:02 PM
Dikemaskini: 1:11 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap 34 orang, termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu ahli politik, kerana  didakwa terbabit dalam rasuah eksport pasir.

NONE Jumlah rasuah terbabit melebihi RM280,000 dan habuan seks. Mereka ditahan di lima negeri sejak seminggu lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut sejak bulan April tahun lalu selepas mendapat maklumat dari orang ramai.

Shukri berkata, kakitangan kerajaan yang ditangkap termasuk pegawai kanan dan ketua jabatan, tetapi beliau tidak menyatakan nama-nama jabatan terbabit kerana masih ada tangkapan yang akan dibuat.

Ditanya mengenai profail mereka, beliau berkata, pegawai-pegawai tertinggi mungkin terbabit tetapi enggan mendedahkan sama ada mereka merupakan ahli-ahli politik.

Shukri juga enggan mengulas apabila ditanya sama ada seorang pembantu politik yang ditahan hari ini ialah Hussein Ahmad, yang merupakan setiausaha kerja exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari.

Shukri juga ditanya mengenai Hussein Ahmad, setiausaha kerja exco kerajaan Selangor, Yaakob Safari yang ditahan hari ini.

"Hussein belum dibebaskan lagi kerana kita masih perlu merakamkan kenyataannya," kata Shukri.

Katanya, individu yang terbabit dalam sindiket jualan pasir masing-masing menerima RM500 hingga RM50,000, dengan sesetengahnya menerima rasuah secara bulanan. Tiga individu juga menerima habuan seks.

Shukri berkata, rasuah diberikan untuk mempercepatkan permohonan mendapatkan pasir dan tidak melaporkan perbuatan penyeludupan pasir ke negara jiran.

Menurutnya, SPRM telah merampas sejumlah RM50,000 dari individu-individu dan dokumen bagi menyokong siasatan terhadap mereka yang terbabit.

[Baca berita penuh]

ADS