Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan akan menangkap dan mendakwa mereka yang terbabit dalam membakar dan mendalangi serangan ke atas gereja Metro Tabernacle, meskipun mereka ahli Umno, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hessein, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan naib presiden PKR Azmin Ali semalam yang dia mempunyai bukti bahawa ahli Umno terbabit dalam serangan 8 Jan itu.

Hishamuddin berkata dia tidak menyalahkan Azmin kerana "beliau orang politik. Kerja beliau kerja politik. Saya tidak hendak salahkan beliau.

"Beliau hendak cakap, cakaplah, tetapi rakyat akan menilainya katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hishamuddin juga menafikan Umno mengeluarkan arahan supaya serangan dilancarkan.

Beliau juga berkata polis tidak akan mengambil keterangan daripada Azmin kerana beliau bercakap atas kepentingan politik semata-mata.

NONE

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian anggota Umno yang didakwa terbabit.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, Umno juga boleh membuat tuduhan kepada PKR sekiranya mahu, namun kerajaan mahu menumpukan untuk mengumpul bukti dan fakta terlebih dahulu dan tidak sekali-kali membuat tuduhan

sembarangan.

Polis tidak pilih kasih

Beliau berkata polis tidak akan pilih kasih dalam sebarang tindakannya setelah bukti yang diperolehi mencukupi tidak kira ia melibatkan orang Umno atau sesiapa sahaja yang didapati terlibat.

"Sekarang polis sudah bertindak termasuk menahan seorang anak pegawai polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa tidak pilih kasih dalam tindakan yang penting setelah kita mempunyai bukti untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.

PM Najib Razak speaks to the press outside the gutted administrative block of Metro Tabernacle church 2 Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pula berkata dakwaan tentang penglibatan Pemuda Umno dalam insiden itu hanyalah satu strategi baru pembangkang yang kini mensabitkan semua kejadian buruk kononnya datang dari Umno.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, Umno juga boleh menuduh PKR atau pembangkang melakukan perbuatan tersebut, tetapi Umno tidaklah sejahil itu untuk membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

"Saya nak ingatkan pembangkang jangan buat tuduhan melulu. Jika ada bukti sila dedahkan. Yang penting Umno tak suruh. Jika misalnya ada ahli Umno yang terlibat mencuri, itu bukan Umno yang suruh. Itu yang penting," katanya.

ADS