Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: PERC "bercakap melalui hidung”
Diterbitkan:  Feb 11, 2010 3:43 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perunding Politik dan Risiko Ekonomi yang beribu pejabat di Hong Kong "bercakap dengan tidak berasas" apabila mereka menggambarkan Malaysia ke arah keadaan yang tidak stabil.

NONE Beliau berkata semua laporan PERC memang ada motif tertentu dengan niat tidak mahu membantu.

"Kita tidak minta mereka bantu kita. Kita bantu diri kita dan kita tidak perlukan komen mereka kerana saya fikir ramai orang lagi tahu dan menilai diri kita sangat objektif. Kita bukan berdasarkan emosi tetapi fakta dan realiti.

"Pada hakikatnya bahawa rakyat Malaysia gembira dan tidak menghadapi sebarang bencana besar atau mengalami kegelisahan kaum di negara ini atau berperang sesama sendiri.

“Jadi, apa yang mereka cakap? Saya fikir mereka mesti "bercakap dengan tidak berasas," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini.

NONE Muhyiddin juga berkata bahawa laporan PERC itu tidak masuk akal yang dilaporkan oleh mereka yang tidak tahu mengenai negara ini.

        

"Saya tidak fikir kita perlu bertindak terhadap semua laporan tidak masuk akal itu yang dilaporkan oleh mereka yang tidak tahu mengenai negara ini. Mungkin mereka berada di suatu tempat pedalaman Hong Kong.

"Mereka hendaklah datang ke sini dan kita gembira untuk membawa mereka dan melihat apa itu kestabilan, apa itu keselamatan, apa itu perang, apa itu kegelisahan," kata beliau.

Dalam laporan itu, PERC memberikan contoh beberapa perkembangan di Malaysia, termasuk kehilangan enjin jet tentera, penahanan suspek pengganas dari beberapa negara Afrika dan Timur Tengah, percubaan membakar gereja dan surau serta perbicaraan liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan.

- Bernama

ADS