Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ( bawah ) menolak tuntutan dua kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

mic election 120909 najib Menurutnya, pilihan raya PBT tidak perlu diadakan kerana ia hanya menyebabkan wujudnya politiking.

6 Mac lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah mengutus surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meminta mereka menguruskan perjalanan pilihan raya kerajaan tempatan.

Pilihan raya itu membabitkan dua majlis tempatan - Majlis Tempatan Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Tempatan Seberang Perai (MPSP)

Selang sehari kemudian, kerajaan Selangor pula mengikuti jejak langkah Pulau Pinang.

selangor pakatan convention khalid booklet Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ( kanan ) beliau juga akan mengutus surat kepada SPR bagi mengendalikan pilihan raya tempatan negeri itu.

Pilihan raya kerajaan tempatan ditiadakan lebih 40 tahun lalu berikutan pengenalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkannya.

Ia digantung berikutan perisytiharan darurat pada 3 Sep 1964 dan sehingga hari ini belum dipulihkan.

Desakan agar pilihan raya PBT diadakan semula semakin mendapat sokongan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana orang ramai tidak berpuas hati dengan dakwaan pentadbiran serta pengurusan kewangannya yang lemah.

Sementara itu, Bernama melaporkan Perdana Menteri sebagai berkata PBT perlu lebih menumpukan kepada proses penambahbaikan perkhidmatan mereka terhadap asyarakat.

"Tumpuan sepatutnya adalah untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, daripada kita mengutamakan proses politik itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas, di Putrajaya hari ini.

"Nanti, pemilihan, kempen dan sebagainya yang akan menjadi tumpuan. Tidak semestinya melalui proses berkenaan (pilihan raya) akan menjadikan PBT lebih baik dari segi khidmat mereka kepada rakyat," kata Najib.

jinjang house dbkl demolition people arrested 160609 06 Bagaimanapun tinjauan Malaysiakini mendapati pandangan Perdana Menteri itu tidak dipersetujui oleh beberapa pihak.

Ahli dewan undangan negeri, Seri Setia,Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa Najib supaya tidak menjadikan pilihan raya PBT itu satu isu besar.

Katanya,terlalu awal bagi Najib membuat komen sedemikian sedangkan SPR masih belum membuat keputusannya.

"Jelas, Umno terperangkap pada masa silam," katanya ketika dihubungi.

Sambil menekankan bahawa "ketelusan" dan karenah birokrasi yang minimum mampu membantu urus tadbir yang baik, tambahnya, pilihan raya PBT diamalkan di negara-negara di seluruh dunia yang demokrasinya matang.

Adun, Jawi, Tan Bee Huat juga bersependat dengan Nik Nazmi.

Menurutnya, ahli majlis yang dilantik oleh rakyat akan memastikan mereka melaksanakan tanggung jawab dengan baik.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri  supaya lebih berfikiran terbuka dan mengingatkan beliau bahawa mereka yang dilantik itu sepatutnya berkhidmat kepada rakyat dan bukannya ahli politik.

[Baca berita penuh]

 

ADS