Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Agong: 'Pembohongan media baru berterusan'
Diterbitkan:  Mar 15, 2010 11:17 AM
Dikemaskini: 5:11 AM

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita baginda terhadap pengabaian kebebasan yang dilakukan oleh media baru pada ucapannya ketika merasmikan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 .

agong arrive at parliament 150310 03 Seri Paduka berititah “fitnah, pembohongan dan pemesongan fakta masih berterusan” dengan rujukan terhadap kandungan media baru.

“Semua pihak yang terlibat perlu sedari, tiada agama yang merestui tindakan sedemikian. Kami menggesa mereka supaya menghentikan segera perbuatan itu,” titah baginda.

Tuanku Mizan juga mahu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang bertanggung-jawab tetapi tidak menamakan pihak berkenaan.

Selain amaran kepada media baru, baginda juga meningatkan semua pihak agar tidak menyalah-gunakan kebebasan bersuara.

“Kebebasan bersuara adalah ciri demokrasi dan masyarakat yang matang. Bagaimanapun kebebasan itu bukan alasan bagi mana-mana pihak untuk memburukkan pihak yang lain sehingga meniupkan sentimen perkauman dan mencetuskan konflik,” titah baginda lagi.

MEB berpandangan jauh

Seri Paduka juga bertitah bahawa langkah kerajaan memperkenalkan model ekonomi baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan maju adalah satu langkah berpandangan jauh.

Seri Paduka bertitah, model tersebut memberi penekanan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi.

"Beta menyeru semua pihak supaya bersama-sama menjayakan matlamat tersebut demi negara tercinta,” titahnya.

Baginda bertitah, tumpuan akan terus diberi kepada bidang-bidang yang negara mempunyai kelebihan, berpotensi dan rantaian nilai tambah yang tinggi serta dapat menjana pulangan yang lebih besar.

"Ini termasuk sektor perkhidmatan terutama kewangan, pelancongan, pendidikan, kesihatan dan perdagangan.

“Pada masa yang sama, sektor-sektor lain seperti pembuatan, pertanian dan komoditi akan terus diberi keutamaan,” titah baginda.

Upacara penuh istiadat

agong arrive at parliament 150310 02 Sebelum itu, ketibaan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tuanku Mizan kemudian menerima sembah “Hormat Diraja” sebelum lagu “Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Zailani Mohd. Okhtat.

Ia disusuli dengan kibaran Bendera Diraja yang disertai dengan tembakan meriam 13 das.

Yang di-Pertuan Agong kemudian memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Rozaini Mohd.

Selepas mem agong arrive at parliament 150310 04 eriksa perbarisan kehormat, Seri Paduka kembali ke Peterana Diraja dan menerima sembah “Hormat Diraja” kali kedua sebelum Negaraku dimainkan sekali lagi.

Baginda kemudian diiringi Najib serta Muhyiddin memasuki bangunan Parlimen.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga akan bermula esok dan berakhir 15 April.

ADS