Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dewan Rakyat masih belum menerima permohonan rasmi daripada kerajaan untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk bacaan kedua.

parliament house leak leakage 050508 wan junaidi Sehubungan dengan itu, timbalan speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ( kiri ) berkata sehingga mereka menerima arahan itu, kertas aturan sidang akan juga memuatkan rang undang-undang itu.

Wan Junaidi memaklumkan perkara itu selepas ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud berkata rang undang-undang GST masih dimasukkan dalam aturcara perdebatan.

Perkembangan itu bermakna kerajaan masih boleh membentangkan rang undang-undang GST itu pada sessi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ini.

Sabtu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang itu ditangguhkan kerana kerajaan memerlukan lebih masa untuk mendapatkan pandangan orang ramai sebelum melasankan cukai baru itu.

[Baca berita penuh]

ADS