Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aduan polis berhubung pendedahan Zahrain
Diterbitkan:  Mar 21, 2010 7:27 PM
Dikemaskini: Mar 22, 2010 2:20 AM

Pemuda Umno membuat dua laporan polis di Lembah Klang hari ini berhubung pendedahan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Parlimen baru-baru ini mengenai rancangan "16 September" bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

    

Laporan polis pertama dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Ghazali di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira pukul 10 pagi tadi manakala laporan

 

kedua oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengahari tadi.

    

Jurucakap polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengesahkan menerima laporan polis tersebut.

    

Suhaimi membuat laporan polis bagi meminta pihak polis menyiasat kenyataan yang mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjaja nama Yang di-Pertuan Agong dan panglima angkatan tentera dalam rancangan 16 September itu.

    

Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong berkenan melantiknya sebagai perdana menteri keenam jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan, malah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menyokong pembentukan kerajaan baru itu.

Selain dakwaan menjaja nama Yang di-Pertuan Agong dan panglima ATM, Rizalman dalam laporan polisnya pula turut meminta polis menyiasat dakwaan mengenai cubaan Anwar memancing ahli parlimen BN menyertai pembangkang bagi menubuhkan kerajaan.

- Bernama

ADS