Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tidak ada perselisihan antara Kementerian Dalam Negeri dan pasukan Polis Diraja Malaysia, dakwa menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

azlan Hishamuddin mengeluarkan kenyataan itu semasa menjawap soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP- Rasah) yang meminta penjelasan mengapa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan beliau memilih meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing di media daripada berkomunikasi sesama mereka.

Sebelum ini wujud spekulasi bahawa hubungan kedua-dua pihak adalah tegang berikutan pendedahan Musa bahawa ada campurtangan pihak ketiga dalam PDRM.

Hishamuddin dalam jawapannya juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa hubungan mereka adalah “baik” dan Musa membuat pendedahan itu di media kerana beliau ditanya isu berkenaan ketika wawancara.

Ahad lalu, Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia mendakwa ada pihak memberi tekanan kepada pasukan polis, sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Dalam laporan itu, Musa mendedahkan pihak berkenaan cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

[Baca berita penuh]

ADS