Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM dicabar letak jawatan jika tak jiwai 1M'sia
Diterbitkan:  Mar 31, 2010 11:33 AM
Dikemaskini: 8:09 AM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta meletakkan jawatannya jika gagal “mengakui bahawa dia adalah pertama rakyat Malaysia dan keduanya baru seorang Melayu.”

NONE Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, perkara itu selaras dengan tuntutan 1Malaysia yang dicanangkan oleh kerajaan.

Lim mempersoalkan ketulenan 1Malaysia di hati Muhyiddin di lobi parlimen pagi ini yang menyebabkan pertikaman lidah kedua-dua mereka sebelum ini.

Semasa sidang Dewan Rakyat semalam, Muhyiddin membidas Lim yang didakwanya tidak menyokong insiatif 1Malaysia.

Menurut Lim, dia bukannya mempersoalkan hak keistimewaan Melayu tetapi menolak perbezaan berdasarkan kaum rakyat Malaysia.

Muhyiddin, dalam ucapan penggulungan kementeriannya berkata Lim cuba mengeruhkan hubungan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

MP Ipo NONE h Timur itu baru-baru mencabar Muhyiddin untuk berikrar jika beliau menyokong insiatif 1Malaysia yang dipelopori oleh Najib yang memperjuangkan perpaduan nasional, toleransi etnik dan kecekapan kerajaan.

Menurut Lim, beliau sangsi dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Muhyiddin kerana beberapa kenyataan dan tindakannya dilihat bercanggah dengan slogan itu.

"Ipoh Timur telah mempersoalkan komitmen saya berhubung konsep 1Malaysia. Untuk mmakluman Ipoh Timur, 1Malaysia dibentuk oleh Perdana Menteri - idea yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan antara kaum untuk dijadikan asas kekuatan negara ini,” kata Muhyiddin di Dewan Rakyat semalam.

[Baca berita penuh]

ADS