Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar melabelkan badan pemantau pilihan raya, Mafrel, sebagai alat pembangkang kerana didakwanya tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya.

Noh menyatakan demikian dengan merujuk satu kenyataan pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.

Syed Ibrahim dipetik akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.

N NONE oh (kanan) berkata, kenyataan seperti itu menunjukkan Syed Ibrahim tidak memahami peraturan dan juga pihak berkuasa terlibat dalam pengurusan pilihan raya.

"Dulu, Mafrel dilantik SPR sebagai badan pemantau bebas.

"Kalau betul-betul bebas, kenapa tidak pertikai sumbangan daripada kerajaan negeri (Selangor) juga?," soalnya.

"Kalau betul-betul bebas, kena tegur dua-dua. Mengapa  ditekankan kepada kerajaan persekutuan sahaja.

"Dia kata badan bebas, memantau pilihanraya. Tapi laporannya  dihantar ke mana? Adakah hantar kepada SPR?" soalnya.

Katanya lagi, SPR perlu melantik badan yang benar-benar bebas  tanpa mempunyai kecenderungan politik seperti Mafrel.

"Kalau nak lantik, lantiklah badan lain yang tidak ada  kecenderungan politik... Bukannya badan yang berat sebelah,  yang tidak faham peranan mereka, yang tidak faham  tanggungjawab SPR, polis, PBT dan dia hanya buat kenyataan  hanya bagi pihak dan suara pembangkang supaya rakyat marah  dengan kerajaan persekutuan.

"Mafrel sudah tidak layak jadi badan bebas untuk pantau mana -mana pilihan raya. Saya minta SPR kaji semula kedudukan Mafrel sebagai pemantau.

Noh ketika ditanya bagaimanapun enggan mengulas sama ada  tindakan BN mengumumkan bantuan di Hulu Selangor itu dianggap sebagai melanggar peraturan pilihan raya.

"Dia kata sebab PM turun, umum beberapa bantuan diberikan jadi  itu dikatakan melanggar peraturan.

"Yang peliknya dalam hari yang sama menteri besar Selangor pun  membuat kenyataan yang sama memberi geran-geran tanah  walaupun geran tanah itu BN yang selesaikan, dia beri geran  saja. Boleh pula," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata soalan itu sepatutnya dijawab oleh  Mafrel sendiri.

"Sebab itu saya hendak tanya dia, apa yang BN buat ini  melanggar peraturan atau tidak," katanya.

ADS