Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara , Tony Pua berjanji akan mendedahkan lebih bayak kepincangan dalam laman sesawang MyProcurement yang baru-baru ini dilancarkan, esok.

"Say azlan a sedang mengumpulkannya sekarang dan akan mendedahkan senarai berkenaan esok,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Pua yang memetik maklumat daripada portal MyProcurement membuat pendedahan Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM6.47 bilion kepada sebuah syarikat tempatan untuk membekalkan rangsum (catuan makanan) segar kepada anggota tentera.

Kontrak itu adalah untuk selama tiga tahun.

Menurut Pua, jumlah itu cukup untuk membeli empat buah kapal selam tetapi dia lebih cenderung untuk percaya portal berkenaan mungkin memberikan maklumat salah kerana kontrak itu tidak mungkin bernilai sebanyak itu.

Akhbar The Sun memetik Kementerian Pertahanan sebagai mengakui bertanggungjwab membekalkan perangkaan yang salah itu.

Ia sepatutnya berjumlah RM6.5 juta.

NONE Portal MyProcurement merupakan pusat maklumat perolehan kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pua juga melahirkan kekecewaannya terhadap MyProcurement yang didakwanya tidak mengandungi maklumat lengkap dan berguna kepada rakyat.

Pua berharap segala data yang dibekalkan akan disemak bagi memastikan integriti laman sesawang MyProcurement itu tidak tercalar.

“Malah, kredibiliti portal itu kita juga diragui dan dipersoalkan,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS