Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA sokong cadangan tukar nama jawatankuasa
Diterbitkan:  Apr 15, 2010 5:34 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menyokong cadangan semua mufti supaya perkataan 'agama' digugurkan daripada Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama dan digantikan dengan perkataan 'kaum' kerana dapat mengelak kekeliruan.

NONE Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata PERKASA berharap semua pihak menghormati Perlembagaan negara dan tidak menyalah erti cadangan itu.

"PERKASA dengan rendah diri memohon kabinet menghormati pandangan mufti selari dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Putrajaya bahawa semua mufti semalam sepakat mencadangkan kerajaan menggugurkan perkataan ''agama'' yang digunakan pada nama Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama, sebaliknya ditukar dengan "kaum".

Ibrahim berkata prinsip asasnya ialah semua kaum perlu menghormati kaum yang lain dan menerima hakikat untuk bekerjasama bagi memastikan keharmonian sentiasa terjamin di negara ini.

"Kita perlu berpegang kepada prinsip di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung.

"Sudah 52 tahun negara merdeka dan berjaya melalui pelbagai cabaran. Pasti beberapa ratus tahun lagi rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat hidup dengan aman damai jika berpegang kepada konsep itu," katanya.

- Bernama

ADS