Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan semua pemimpin Barisan Nasional supaya menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh bangsa lain dalam usaha mendapatkan sokongan, khususnya daripada masyarakat Cina.

NONE Menurut ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ( kiri, berbaju kelabu ), arahan itu dibuat oleh Najib ketika pemukiman parti berkenaan di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

“Dulu, pemimpin Melayu akan hanya pergi ke majlis orang Melayu, Cina ke majlis Cina dan sebagainya,” kata Khir.

Menurutnya, Perdana Menteri mengeluarkan arahan supaya pemimpin Melayu juga menghadiri majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Cina dan sebaliknya.

“Kita tidak boleh menghadkan pemimpin kita mengikut batasan perkauman, kita harus bercampur dan bergaul,” katanya pada wawancara telefon dengan Malaysiakini.

Khir mengulas lapo teoh beng hock funeral 200709 casket 02 ran sebuah akhbar Cina berhubung ucapan Najib pada Jumaat lalu yang berkata BN perlu menawan kembali sekurang-kurangnya 50 peratus undi Cina.

Dalam laporan itu, Najib dilapor mengarahkan pemimpin Umno untuk menghadiri semua majlis, termasuk kenduri kahwin, pengkebumian dan acara kebudayaan yang besar dalam usaha BN mendapatkan sokongan masyarakat Cina.

Khir dalam pada itu, menafikan arahan terbaru Najib itu - akan menjadikan peranan parti komponen kedua terbesar BN, MCA bertindih dengan Umno.

“Mere NONE ka (MCA) masih boleh mainkan peranan, tetapi dalam bentuk yang lain, mereka juga boleh menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Melayu,” katanya.

Khir berkata arahan itu bertujuan memastikan pemimpin BN sentiasa berhubungan dengan rakyat pelbagai kaum.

“Kita mesti mendekati mereka, tentukan apa yang mereka perlukan, isu sensitif yang dihadapi, kebimbangan mereka - supaya dapat kita berikan jawapan...Pada pandangan saya, kita mesti meluaskan skop pandangan dan menjadi juara semua bangsa.”

[Baca berita penuh]

ADS