Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Meskipun Menteri Pengangkutan baru, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata tidak ada keperluan bagi menyiasat semula skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian RM12.5 bilion, namun ia tidak mematahkan semangat ahli parlimen pembangkang untuk menimbulkan isu itu di Dewan Rakyat.

chan kong choy pkfz 041109 MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang pada sesi soal jawab menuntut penjelasan mengapa menteri pengangkutan ketika skandal itu, Datuk Seri Chan Kong Choy tidak dipertanggung-jawabkan walaupun nama beliau ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Bila siasatan akan selesai, Hari Kiamat?" soal Lim.

PAC dalam laporannya tahun lalu mengesyorkan Chan dan Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka OC Phang disiasat oleh Suruhanjaya Pencengahan Rasuah.

Ia berhubung dakwaan pecah amanah kerana tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

NONE PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.

PKA sebelum ini mengumumkan bahawa tiada tindakan undang-undang akan diambil ke atas Chan berhubung skandal PKFZ kerana beliau bukan merupakan anggota PKA.

Keputusan itu dikatakan bercanggah apabila Phang dan tiga yang lain diheret ke mahkamah atas dakwaan membuat tuduhan palsu.

[Baca berita penuh]

ADS