Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1Malaysia-One Israel: Anwar mahu peguam wakilinya
Diterbitkan:  Jun 9, 2010 1:00 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dengan tuntutannya agar dia dibenarkan mengguna khidmat peguam bagi mewakilinya ketika dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen.

NONE "Saya belum dimaklumkan berhubung keputusan permohonan supaya saya diwakili oleh seorang peguam yang akan hadir dan terbabit pada mesyuarat itu,” katanya.

"Pada mulanya, jawatankuasa itu memutuskan membenar S Ambiga untuk bersama tetapi tidak dibenarkan mengambil bahagian...tetapi apabila saya meninmggalkan bilik mesyuarat, beliau tidak dibenarkan langsung untuk masuk,” kata Anwar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Apco Worldwide, Brad Staples ( bawah, kanan ) hadir di mesyuarat itu hari ini sebagai saksi.

Apc NONE o Worldwide - adalah firma perunding perghubungan media antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan dan dibayar RM77 juta setahun untuk perkhidmatannya.

Anwar mendakwa firma itu mempunyai hubungan dengan Israel.

Selain wakil Apco, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga dipanggil menghadap jawatankuasa itu.

"Saya masuk sebentar tadi untuk sekali lagi memohon supaya peguam saya dan hadir dan jawatankluasa itu akan menelitinya,” kata Anwar.

NONE Ketua umum PKR itu juga melahirkan kekecewaannya kerana tidak dibenarkan hadir untuk mengikuti keterangan dari perwakilan Apco itu dan juga daripada Nazri.

"Menurut jawatankuasa itu, ia hanya inkuiri biasa, tertuduh tak perlu hadir.

"Tetapi jika tuduhan itu membabitkan hukuman dan dalam kes ini termasuk digantung dari parlimen, saya sepatutnya dibenarkan masuk untuk mendengar apa yang diperkatakan mereka,” kata Anwar.

Pada mesyuarat jawatankuasa ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Beliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Berikutan itu, pada 22 April lalu, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut.

Selain Karpal Singh dan R Sivarasa yang mewakili Pakatan Rakyat, anggota parlimen lain yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).

Ia dipengerusi oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat.

ADS