Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan pengesahan dan pendaftaran pernikahan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dengan pasangannya pelakon Zizie Izette yang dijadualkan diumumkan hari ini, telah ditangguhkan.

azlan Kumpulan petugas media menunggu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sejak awal pagi tetapi pasangan tersebut tidak muncul.

Malaysiakini kemudiannya menghubungi peguam mereka, Zulkifli Che Yong yang memaklumkan bahawa keputusan tersebut telah ditangguhkan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan petang semalam supaya keputusan tersebut ditangguhkan.

Ditanya bila keputusan itu akan dibuat, Zulkifli berkata sehingga ini tarikh baru belum ditetapkan lagi.

Pasangan itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.

Dalam permohonan itu, pasangan berkenaan juga memohon pernikahan tersebut diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Zizie dan Bung bernikah pada 16 Disember tahun lalu di sebuah bumah banglo di Hulu Klang, Selangor Disember tahun lalu dengan mas kawin RM80 tunai dan hantar RM31,000.

Manakala pada 19 Mei lalu, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan ke atas ahli parlimen Kinabatangan itu kerana kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah.

Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran mahkamah.

ADS