Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk PJ bantah projek pembinaan Seksyen 52

Penduduk Petaling Jaya membantah cadangan projek pembinaan Seksyen 52 selepas menghadiri mesyuarat tertutup di ibu pejabat MBPJ, lewat petang semalam.

NONE Pendirian bantahan disuarakan oleh Presiden Seluruh Persatuan Penduduk Petaling Jaya (Apac) diwakili oleh Liew Wei Beng di ibu pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Suasana sepanjang sidang media berlangsung dalam keadaan agak panas apabila masing-masing kelihatan seperti bertegang urat mahu menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai isu tersebut.

Pihak media terpaksa menunggu sehingga dua jam sebelum sidang media bermula.

NONE Datuk Bandar MBPJ, Mohamad Roslan Sakiman tiada semasa mesyuarat tersebut dan iadipengerusikan oleh Ahli Majlis MBPJ, Derek Fernandez.

Projek pembinaan melibatkan usahasama Puncak Wangi Sdn Bhd dan PKNS untuk membina satu blok pejabat 27 tingkat, 3 blok pejabat/institusi antara 22 hingga 27 tingkat, 2 blok hotel 22 tingkat, 2 blok servis apartmen 22 tingkat di atas 6 tingkat podium perniagaan/tempat letak kereta serta 4 1/2 tingkat bawah tanah tempat letak kereta di atas lot 8 dan 12.

NONE Namun, ia mendapat reaksi negatif daripada persatuan penduduk yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Rata-rata mereka ditemui Komunitikini menyifatkan cadangan pembinaan pembangunan tidak akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk sebaliknya menimbulkan masalah pada masa hadapan.

[Baca berita penuh]

ADS