Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).

"Sekiranya beliau (Ahmad) menganggap fakta beliau betul, dan kita memfitnah, kita boleh debat di mana-mana," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

NONE Ditemui Malaysiakini selepas sesi itu, Mazlan (kiri sekali) berkata cabaran beliau untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan 'Felda Bankrap'.

Mazlan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu".

"Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di FELDA (dalam debat itu)," katanya.

Mazlan berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian pada bila-bila masa.

ANAK sebelum ini turut dilaporkan membuat aduan polis berhubung kemerosotan rizab tunai FELDA itu.

umno kota raja burn suara keadilan 270610 01 Pada 16 Jun lalu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno dilapor dilaporkan berkata dalam Parlimen bahawa status kewangan FELDA merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Susulan daripada pendedahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pelbagai kritikan , termasuk daripada penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim yang mendesaknya agar "melepaskan cengkamannya" terhadap agensi itu.

Jumaat lalu FELDA pula dilaporkan mahu menyaman Zaid, akhbar organ PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat" dan "keterlaluan".

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Umno Kota Raja semalam menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan laporan itu dengan membakar ( atas ) selonggok Suara Keadilan pada mesyuarat bahagian itu di Klang.

ADS