Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN: Tindakan jika Suara Keadilan terus diterbitkan
Diterbitkan:  Jul 6, 2010 10:05 AM
Dikemaskini: 4:39 AM

Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menanggung implikasi undang-undang sekiranya parti itu bertindak menerbitkan akhbar Suara Keadilan yang permit penerbitannya sudah tamat.

NONE

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Ab Samad berkata: "kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Tian Chua bahawa penerbitan akhbar itu akan diteruskan walaupun permohonan untuk memperbaharui permit akhbar itu belum mendapat jawapan KDN.

Tian Chua dipetik akhbar dalam talian Malaysiakini semalam sebagai berkata, PKR akan meneruskan penerbitan akhbar itu kerana kerajaan masih tidak memberikan sebarang perkembangan atau kedudukan sebenar kes tersebut.

Akhbar itu telah menerbitkan sebuah artikel "Felda Bankrap" yang dianggap berunsur fitnah.

Pada 28 Jun, KDN memberi tempoh seminggu kepada sidang redaksi akhbar untuk memberi penjelasan mengenai artikel itu.

        

A suara keadilan report on felda bankrupt 220610 khbar itu juga sebelum itu diberi surat tunjuk sebab sebanyak tiga kali iaitu pada Januari, Februari dan April tahun ini dan dilaporkan akhbar itu menjawab pada 29 Jun lalu tetapi KDN tidak berpuas hati.

Zaitun sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan yang dikeluarkan pada Julai tahun lepas tamat pada 30 Jun tahun ini dan dengan itu tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan mengikut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

- Bernama

ADS