Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli majlis nafi dakwaan, mungkin saman akhbar

Ahli majlis perbandaran Klang Tee Boon Hock hari ini menafikan dakwaan yang beliau menyalah-gunakan surat dan cop rasmi exco untuk mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak bagi kroni dan anggota keluarganya.

"Keluarga saya dan diri saya sendiri tidak memohon atau menerima satu kontrak pun daripada MPK (Majlis Perbandaran Klang) dan kami tidak akan membida mana-mana kontrak kerana ini akan bermakna wujud konflik kepentingan secara langsung," katanya.

NONE Semalam, The Star   melaporkan seorang ahli majlis perbandaran didakwa telah menggunakan surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak.

innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = "";
Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan siapa ahli majlis yang dimaksudkan tetapi mengambarkannya sebagai seorang veteran DAP berusia lingkungan 50-an dan pernah dua kali bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum lepas dan menganggotai lembaga tender Majlis Perbandaran.

Ahli majlis DAP itu dilaporkan telah memperoleh kontrak bernilai lebih RM1 juta untuk 20 syarikat daripada majlis itu sejak berkhidmat pada Julai 2008.  

Profil sepadan dengan Tee

Dalam sidang akhbar bersama exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu - Tee berkata beliau akan merujuk kepada peguamnya bagi menentukan sama ada dia akan menyaman The Star .

"Artikel itu telah mencemarkan nama baik saya dan keluarga saya,” katanya dengan nada marah.

Tee berkata hanya beliau seorang yang sepadan dengan profil yang dipaparkan dalam laporan berita itu kerana beliau berusia dalam lingkungan 50-an dan pernah dua kali bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum lalu.

Tee, adalah pembantu khas kepada Liu dari tahun 2008 hingga Nov 2009 dan berkhidmat pi pusat DAP di Pandamaran.

K NONE atanya, sebagai pembantu kepada exco Selangor itu, bukan menjadi rahsia, beliau menandatangani surat sokongan bagi pihak ketuanya bagi mereka yang datang memohon bantuan.

"Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan di pejabat ADUN, saya telah mengeluarkan dan menandatangani surat sokongan kepada mereka yang meminta bantuan, termasuk surat sokongan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, bagi pihak golongan kurang upaya, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan serta mereka yang memohon bantuan daripada majlis tempatan," katanya.

Semua surat yang ditulis beliau tidak pernah memaksa mana-mana pegwai kerajaan bertindak secara tidak betul atau bertindak di luar bidang kuasa mereka," kata Tee.

Tinggalkan Lembaga Tender

"Apabila kontraktor terlibat, semua surat secara khusus menyebut peraturan ahli majlis Selangor dan kerajaan negeri mesti dipatuhi,” katanya sambil menambah tiada surat yang dikeluarkan bagi pihak Liu apabila beliau tidak lagi berkhidmat.

Beliau juga menafikan laporan akhbar itu yang menyebut bahawa beliau menduduki Lembaga Tender Majlis Perbandaran Klang kerana telah meninggalkan jawatan itu, bulan lalu.

NONE Liu pula menafikan kenyataannya seperti yang disiarkan akhbar itu dan berkata berita halaman utama berkenaan sebenarnya bercanggah.

"Di muka depan, saya dilaporkan mengesahkan dakwaan tetapi pada masa yang sama saya dipetik sebagai berkata saya tidak menyedari perkara itu. Lagipun saya bukan timbalan pengerusi DAP Selangor seperti laporan akhbar itu.

"Menteri Besar juga berkata beliau telah menjalankan siasatan, jadi lebih baik beliau dibiarkan mereka menyiasat,” kata Liu yang beredar selepas membaca kenyataannya sebelum sempat wartawan bertanyakan soalan.

Pada sidang media ini, kedua-dua mereka ditemani oleh pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, timbalannya Tony Pua dan exco kanan Teresa Kok.

Dibocorkan pihak dalaman

"DAP tidak akan teragak-agak bertindak demi kepentingan umum. Kami tidak akan melindung mana-mana ahli yang menyalah-gunakan kuasa,” kata Ean Yong.

B NONE agaimanapun menurut Kok, ada kalanya sukar bagi menafikan orang ramai, khususnya ahli di kalangan akar umbi yang datang meminta surat sokongan.

"Dari segi teori, betul, kita mesti menghapuskan pemberian surat sokongan. Tetapi dari segi  realiti, adalah sukar untuk menolak permintaan akar umbi, kerana mereka akan beranggapan bahawa wakil rakyat mereka tidak bersedia membantu.

"Tetapi kerajaan negeri telah memaklumkan kepada semua pengarah jabatan-jabatan di Selangor supaya tidak terlalu mengambil berat terhadap surat sokongan dan memberikan kontrak berdasarkan merit,” katanya lagi.

Walaupun pemimpin DAP bersatu dalam isu itu, namun khabar angin tersebar luas, pembocoran maklumat itu dipercayai dibuat oleh pihak dalaman parti.

ADS