Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Isu Allah tak perlu dicetuskan lagi
Diterbitkan:  Aug 3, 2010 3:35 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu berkaitan penggunaan kalimah Allah tidak sepatutnya dicetuskan semula berikutan ia masih di peringkat mahkamah.

muhyiddin yasin Beliau berkata, biar perkara itu diselesaikan secara baik dan sebarang pandangan yang diberikan berhubung isu itu perlu mengambil kira kepentingan umum daripada kepentingan kumpulan tertentu baik politik mahupun pentadbiran.

Katanya, parti BN juga sepatutnya akur bahawa isu itu tidak sepatutnya menjadi bahan yang boleh menghangatkan keadaan yang sudah sejuk.

"Hal-hal sebegini perlu diambil perhatian. Saya juga kurang pasti kenapa DAP dan MCA mengambil satu pendirian yang sama dalam soal sebegini.

"Kita tahu dulu perkara ini pernah menjadi satu perbincangan hangat dengan mencetuskan keadaan yang tidak begitu sihat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di Putrajaya hari ini.

NONE Beliau diminta mengulas mengenai laporan portal berita semalam yang melaporkan DAP dan MCA mahu larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian dimansuhkan.

Muhyiddin berkata, kes itu masih di peringkat mahkamah yang berkaitan dengan perbicaraan yang belum lagi selesai dan kerajaan mengelak daripada perkara itu dibincangkan secara terbuka.

Sehubungan itu, beliau berharap tidak ada pihak yang cuba mencetuskan isu baru berhubung perkara itu.

"Perkara itu perkara lama dan semua pihak tahu pendirian kerajaan mengenainya,” tegasnya.

- Bernama

ADS