Pemain bola sepak wanita Malaysia, Intan Serah, kelihatan begitu ‘teruja’ menyambut kelebihan yang diberikan kepada Najib Razak susulan pengampunan dan keringanan hukuman yang diberikan sebelum ini.

Dia yang sudah beberapa kali menuai kontroversi menzahirkan bahawa “kami” tidak peduli sangat apa yang sudah disabitkan oleh mahkamah ke atas bekas perdana menteri itu.

Apa yang penting, kata ahli sukan berusia 27 tahun itu, ialah Najib banyak berjasa dan “banyak tolong rakyat”.

“Kami dapat BRIM, dapat helmet 1Malaysia, payung dan baju pon ada. Kami tetap biru,” katanya.

Pun begitu pada penyokong Najib perlu membaca keseluruhan hantaran Intan Serah yang dibuatnya bagi membalas hantaram awal selebirti dan pempengaruh, Caprice, di media sosial.

Meneruskan ayat itu, Intan Serah – atau nama sebenarnya Intan Sarah Anisah Zulgafli – menyambung: “Kami tetap akan donate (menderma) untuk beliau, kami akan kerja dua kali ganda untuk bantu lagi beliau dan anak-beranak […]. Malu apa bossque (Bossku).”

Hantaran itu dibuat kira-kira 48 jam selepas Najib memulakan pelaksanaan baki hukuman penjaranya – yang asalnya selama 12 tahun sebelum diberi keringanan menjadi hanya enam tahun – di sebuah rumah yang terletak di kawasan seluas hampir 50,000 kaki persegi – di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Terdahulu Caprice membuat naik hantaran bertulis: “Welcome home bossku - The Hard Turth: Red vs Blue". Ia mendapat hampir 4,000 tanda suka setakat laporan ini disiapkan.

Ia memaparkan klip pendek terkait Najib dan skandal 1MDB.

Hantaran Intan Serah pula mendapat lebih 12,300 tanda suka.

Seperti dijangka ia turut mengundang kecaman dan kritikan termasuk yang mengaitkan dengan pembabitan dia dalam pasukan bola sepak wanita kebangsaan.

Namun dia seperti tidak endah akan kecaman yang diterima.

Menjawab secara umum, Intan Serah menulis diiringi dengan nada berseloroh dan sinis: "Orang bijak tak perlukan pembaris guys. So tahniah anda bijak. Korang level level, A-Level, IBDP, ILEFU. Eh? “