Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk memanggil Farah Azlina Latif dan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi.

Katanya, bukti yang ada adalah berdasarkan afidavit disumpah.

"Oleh kerana itu, tidak perlu untuk memanggil dan Saiful (sebagai saksi)," katanya.

Mahkamah juga menolak permohonan Karpal untuk menyoalsiasat DPP Hanafiah Zakaria.

Ini ekoran dakwaan bahawa Hanafiah telah berkahwin dua di luar negara.

Ketua pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof bertanya apakah relevan dakwaan tersebut dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil Hanafiah.

NONE Beliau berkata, ianya tiada kena mengena dengan kes tersebut dan maka tiada afidavit balas terhadapnya.

Mohd Yusof berkata, pihak pembela kini mahu menyoalsiasat Hanafiah mengenai sesuatu yang amat peribadi dan tiada kaitan dengan kes yang dibicarakan.

Mahkamah kemudiannya berihat untuk membolehkan Hakim memutuskan terhadap permohonan Karpal itu.

Menurut Karpal, DPP Hanafiah pernah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah kerana berkahwin di Thailand.

Hanafiah kini telah berkahwin dengan seorang DPP.

Mahkamah kemudiannya menolak permohonan pembela untuk memanggil DPP Hanafiah sebagai saksi.

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi dengan pihak pembela memohon mengetepikan pertuduhan terhadap ketua pembangkang itu.

Anwar memfailkan permohononan bagi menyokong afidavit pada 2 Ogos ekoran tuduhan bahawa Farah - seorang timbalan pendakwa raya - dan Saiful - yang merupakan pengadu dalam kes tersebut, mempunyai 'hubungan'.

Anwar mendakwa bahawa hubungan itu, seperti juga pertuduhan melibat - yang kedua untuknya dalam 10 tahun - menyalahi proses mahkamah.

Anwar membuat laporan polis minggu lalu meminta pasukan keselamatan mempercepatkan siasatan terhadap dakwaan itu.

Peguam Negara Abdul Gani Patail pada 27 Julai mengeluarkan Farah daripada pasukan pendakwaan. Dia juga ditukar ke bahagian lain selepas dakwaan itu timbul.

Pihak pendakwaan dalam afidavit balasnya menafikan mengetahui terhadap hubungan antara kedua-duanya.

Manakala peguam Anwar, Karpal Singh pada Jumaat berkata pendakwaan akan memohonan memanggil Saiful dan Farah bagi menjawb dakwaan itu memandangkan pihak pendakwaan didakwa gagal menjawab isu tersebut secara langsung.

LAPORAN LANGSUNG

9.33am:

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan sesi.

9.43am: Karpal memohon Farah dan Saiful dipanggil supaya mahkamah dapat menentukan kebenaran dakwaan hubungan mereka berdua.

NONE "Belum ada dalam sejarah negara ini atau di negara Komanwel DPP mempunyai hubungan dengan saksi utama," kata Karpal.

Katanya, tugas hakim ialah menentukan kebenaran apabila tiada afifavit dibuat daripada Saiful an Farah.

Peguam terkenal itu mempersoalkan tindakan Saiful yang bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan beliau diliwat "tetapi enggan hadir ke muka pengadilan"

9.58am: Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin pula menyifatkan tuduhan itu sebagai "dakwaan kosong".

"Persoalannya sama ada Saiful menggunakan Farah untuk mendapatkan maklumat," beliau memberitahu mahkamah.

"Kita ada di sini afidavit daripada DPP Mohd Hanafiah Zakaria and pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira yang menafikan - berdasarkan pengetahuan mereka - bahawa dokumen, pertemuan dan makluat (telah bocor)," katanya.

Yusof berkata pendakwaan tidak menjawab afidavit itu dan perkara itu harus ditamatkan.

Karpal bagaimanapun mempertahankan apa yang dikatakan Awar bahawa beliau menerima makluman itu daripada beberapa sumber.

10.20am: Mahkamah akan menentukan keputusan untuk permohononan pihak pembela pada 2.15 petang ini.

[Baca berita penuh]

ADS