Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Inkues Teoh: Peguam tinggalkan kamar koroner
Diterbitkan:  Aug 9, 2010 12:20 PM
Dikemaskini: Aug 10, 2010 1:25 AM

Misteri menyelubungi sambungan inkues kematian Teoh Beng Hock dengan para peguam menemui koroner Azmi Mustapha Abas dalam kamarnya.

NONE Difahamkan, perjumpaan tersebut adalah untuk menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan dengan dokumen.

Bagaimanapun, 15 minit kemudiannya, peguam Gobind Singh Deo meninggalkan bangunan tersebut dan kelihatan berang.

Apabila ditanya, beliau enggan mendedahkan apa yang dibincangkan, kecuali berkata: "Ini adalah salahguna proses mahkamah..."

Gobind tidak mahu mengulas lanjut tetapi berkata beliau perlu masa untuk bercakap dengan keluarga Teoh. Difahamkan ia ada kaitan dengan nota yang ditemui dalam beg sandang Teoh.

Beliau kemudian pergi berbincang dengan anggota keluarga Teoh yang diwakilinya.

Sementara itu, seorang penyokong yang memegang gambar Teoh, menjerit "Bunuh!" dan enggan bergerak untuk memberi laluan kepada laluan kenderaan di situ.

Pada jam 11.45 pagi, para peguam lain kelihatan keluar dari kamar koroner.

NONE Inkues tersebut telah ditangguhkan kepada 18 Ogos, manakala koroner pula telah memutuskan untuk tidak memanggil dua saksi yang dijadual memberi keterangan hari ini.

Mereka ialah Lee Wye Weng dan Mohd Harun Abdullah, yang telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang yang sama Teoh disoalsiasat.

Bagaimanapun, koroner dikatakan telah memutuskan bahawa "tidak perlu" untuk memanggil mereka sebagai saksi.

Ini bermakna pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dijangka memberi keterangan apabila inkues itu disambung.

'Nota' ditemui dalam beg sandang Teoh: Pejabat AG

[Baca berita penuh]
ADS