Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini menerima memorandum 'amaran' daripada sebuah NGO dan pemimpin pembangkang berhubung kenyataannya baru-baru ini yang menyentuh isu negara-negara umat Islam.

NONE Empat wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Badrul Hisham Shaharin ( dua dari kiri ) - juga ahli majlis pimpinan pusat PKR - yang menyerahkan memorandum itu mendakwa Chua telah menghina Islam.

Pada 6 Ogos lalu, Chua dilaporkan membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana didakwa menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Merujuk kepada buku Syed Akbar, Chua ( bawah ) menyenaraikan semula beberapa ciri umum di 57 negara Islam, antaranya, kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

azlan Ucapan itu mengundang kritikan keras daripada pemimpin pembangkang sama ada yang Islam dan bukan beragama Islam, antaranya daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sebelum naik ke ibu pejabat MCA di Jalan Ampang, Badrul memberitahu pemberita, Chua diberikan 14 hari untuk menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf atau "atau bakal menghadapai tindakan anak muda daripada seluruh negara di depan pejabatnya".

Badrul berkata, kumpulan itu akan bertindkan di seluruh negara. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut 'tindakan' itu.

Dalam memorandumny, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan kedudukan Chua dan latar belakangnya sebagai bekas pengamal perubatan.

Katanya, sebagai presiden MCA yang berpendidikan tinggi patut tahu bahawa ucapannnya tentang Islam tidak berasas dan tidak tepat.

"Beliau seorang doktor, patut tahu bahawa perubatan moden mempunyai akar dalam sejarah tamadun Islam," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS