Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi PKR Perlis Johari Shafie menafikan laporan yang mendakwa beliau telah meletakkan jawatan pada 3 Ogos lalu.

"(Peletakan jawatan) itu tidak betul, ia berita dari cakap-cakap mulut sahaja.

“Saya menafi (laporan bahawa) saya meletakkan jawatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Beliau juga menegaskan akan meneruskan tugasnya seperti biasa dengan menghadiri mesyuarat bersama pucuk kepimpinan PKR di Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.

Joha umno pkr perlis ri diminta mengulas laporan akhbar internet PAS Harakahdaily bahawa beliau akan  melepaskan jawatan nombor satu dalam PKR Perlis setelah kecewa dengan usaha segelintir pemimpin parti itu yang cuba mendesaknya digantikan dengan pemimpin lain.

Manakala timbalannya, Dr Suraya Sudin pula dilaporkan mendakwa tindakan itu berikutan berlakunya perebutan jawatan antara dua kumpulan yang bertelagah.

Bercakap kepada Malaysiakini petang semalam, Johari mendakwa desas-desus peletakan jawatannya disebarkan oleh "musuh dalaman" yang hendak menjatuhkannya.

"Politik hendak jatuh menjatuh, (sebab) ada orang nak jawatan kita. Tapi saya rasa macam biasa sahaja.

“PKR pusat tak kata apa pun. Musuh kita, ada khabar angin sikit, mereka seronoklah," katanya.

pkr congress assembly 181204 assembled members Johari bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Beliau juga menolak kemungkinan perkara itu sengaja ditimbulkan kerana parti itu akan mengadakan pemilihannya pada November tahun ini.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.

ADS