Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua pegawai operasi (COO) anak syarikat kementerian pelancongan - Pempena Sdn Bhd - Mohammad Rosly Md Selamat didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana menaja konsert tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

NONE Beliau didakwa bersama bekas pengawal kewangan Lim Khing Thai kerana memberikan RM160,770 "dengan niat jahat" kepada Ummi Hafilda Ali untuk penganjuran konsert pada 15 Ogos 2006.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan melebihi 20 tahun. Dia juga boleh disebat.

Hakim Rozana Ali Yusof menetapkan ikatjamin sebanyak RM20,000 seorang.

Mohammad Rosly juga diarahkan menyerahkan pasport selepas pulang daripada pertemuan keluarga di Melbourne pada 6 September. Manakala Lim menyerahkannya pasportnya hari ini.

Lim telah meletakkan jawatan pada Disember tahun lalu selepas sembilan tahun berkhidmat.

Sebutan kes tersebut ditetapkan pada 6 September.

Rosly dan Lim masing-masing diwakili oleh peguam Rejinder Singh Dhaliwal dan Chau Wei. Manakala timbalan pendakwa raya ialah Muhamad Anas Mahadzir.

Menurut borang aduan Badan Pencegah Rasuah pada 2009, ia mempunyai maklumat bahawa pegawai Pempena telah menerima rasuah dari Ummi Hafilda bagi penajaan sebuah konsert bernilai RM300,000.

NONE

Konsert tersebut adalah untuk penyanyi dari Timur Tengah, Amir Diab, di Kuala Lumpur City Centre dan Stadium Negara.

Ummi Hafilda - yang pernah mendapat jolokan nama "Monica Lewinsky Malaysia" - pernah memberi keterangan dalam kes rasuah dan kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Sementara itu, ketua pengarah Kementerian Pelancongan, Datuk  Mirza Mohammad Taiyab, dijangka didakwa petang ini atas tuduhan berkaitan, petang ini.

Tahun lalu, Mirza dibebaskan daripada tuduhan menerima imbuhan dalam bentuk penjagaan gigi bernilai RM13,860.

Tuduhan terhadap Pempena pertama kali muncul pada 2 Julai 2008.  Malaysiakini melaporkan mengenai memorandum kakitangan Pempena kepada menteri pelancongan ketika itu, Datuk Azalina Othman, mendakwa berlaku rasuah dan pecah amanah oleh dua pegawai kanan syarikat berkenaan.

Antara lain mereka didakwa menerima komisyen apabila membiayai semula kenderaan untuk perkhidmatan teksi mewah, meluluskan beberapa kontrak kepada syarikat RM2 dan kos berlebihan untuk mewujudkan sebuah portal e-pelancongan sekitar RM5 juta.

azalina othman Beberapa hari kemudian, Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa satu siasatan dalaman sedang dijalankan. Pada 3 November, beliau mendedahkan bahawa audit PriceWaterhouse Coopers (PWC) telah mengesahkan urusan Pempena yang 'meragukan'.

Laporan siasatan PWC, yang didedahkan oleh ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang MP pada bulan November tahun tersebut, menyatakan bahawa sehingga Jun 2008, Pempena telah melabur RM54.5 juta dalam 24 syarikat, tetapi hanya empat yang memberi keuntungan.

PWC juga menyatakan, sehingga November 2008, projek perkhidmatan teksi mewah (Pets) yang menelan belanja RM18.3 juta, mengalami kerugian sehingga RM7.8 juta.

[Berita penuh menyusul]

ADS