Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Umno yakin BN mampu mempertahankan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang sekalipun Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuat keputusan mengundurkan diri.

umno agm 2009 tengku adnan mansor pc 200309 02 Mengulas pengumuman mengejutkan Abdul Taib semalam yang beliau  sedia mempertimbang untuk bersara dari politik selepas menerajui Sarawak selama 29 tahun, setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan berkenaan langsung tidak akan menjejaskan peluang BN.

“Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia (Abdul Taib) memimpin atau orang lain yang memimpin,” kata Tengku Adnan yang juga adalah setiausaha agung Umno.

Abdul Taib semalam berkata beliau tidak dapat membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi DUN diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang kerana  perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

Namun katanya, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.

taib and rahman yaakub hugging happy 110108 Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Tengku Adnan hari ini menafikan spekulasi bahawa Umno meletakkan tekanan ke atas Abdul Taib untuk berundur kerana pemimpin berkenaan sejak akhir-akhir ini mendapat publisiti buruk di media berhubung dakwaan kekayaan beliau dan keluarganya.

“Tiada tekanan dari pihak kami (Umno), tetapi kami menerima jika beliau mahu berundur. Mungkin dia (Taib) sudah terlalu lama dalam politik.

“Jika seseorang terlalu lama memegang kuasa, orang ramai akan mula bosan. Dia juga mungkin sudah penat, jadi kenyataannya itu memang adil,” kata Tengku Adnan ketika dihubungi.

NONE Katanya, keadaan Abdul Taib itu mencerminkan apa yang berlaku ke atas bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang persaraan selepas BN mengalami kemerosotan sokongan pada 1999.

“Hanya negarawan yang memikirkan kepentingan negeri daripada hanya dirinya sendiri. Bagi Umno, ada pemimpin lain yang mampu untuk ambil-alih jika Taib berundur,” katanya.

Di sebalik penafian Tengku Adnan, akhbar-akhbar yang dimiliki Umno hari ini memberi pendedahan meluas terhadap kenyataan Abdul Taib itu.

[Baca berita penuh]

ADS