Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tubuh Parti Cinta Sabah: PKR gantung 12 ahli
Diterbitkan:  Aug 26, 2010 2:47 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Jawatankuasa Disiplin PKR mencadangkan 12 anggotanya digantung keahlian satu tahun ekoran aduan penglibatannya dalam penubuhan Parti Cinta Sabah (PCS).

selambau pkr pc 040409 saifuddin nasution Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution ( kiri ) berkata pejabatnya pada 25 Ogos telah menerima hasil siasatan itu yang mengesahkan berlakunya perlanggaran disiplin mengikut Fasal 27.7 perlembagaan PKR.

Menurut fasal itu, setiap anggota hendaklah patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti.

Menurut Saifuddin lagi, hukuman itu hanya akan berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan mesyuarat majlis pimpinan pusat yang akan bersidang pada 29 Ogos ini.

"Pada masa yang bersama 12 penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula dari 29 Ogos nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua 12 pemimpin itu ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang, Guandee Kohoi.

Sebelum ini dilaporkan, permohonan bagi mendaftarkan PCS dengan pihak pendaftar pertubuhan dibuat pada Disember lalu oleh beberapa pemimpin cabang PKR yang dikatakan tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan PKR negeri.

Ekoran itu, 12 orang disiasat oleh jawatankuasa disiplin parti.

ADS