Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berbincang "dari hati ke hati" dengan Tan Sri Taib Mahmud berhubung kedudukan pemimpin utama parti PBB itu beliau sebagai ketua menteri Sarawak.

"Apa-apa keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada semangat setiakawan antara BN dan PBB," katanya.

azlan "(Mereka juga) tonggak kejayaan BN di Sarawak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara.

Menurut Najib, PBB merupakan sekutu setia dalam BN dan telah menyumbang kepada kejayaan gabungan itu.

Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno ditanya mengenai kenyataan Abdul Taib yang berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang.

Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan ketua menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun pada 24 Ogos lalu dilaporkan berkata beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan perdana menteri," kata Abdul Taib.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur."

Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 daripada 71 kerusi negeri diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan kerusi dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan kerusi manakala selebihnya dimenangi parti-parti pembangkang.

'Tazkirah' di surau: Kena mabil tindakan

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kepopularannya, khususnya di kalangan masyarakat Cina di Sarawak semakin pudar. Ramai juga yang mempertikaikan ‘kekayaan luar biasanya’ seperti yang didedahkan oleh laman sesawang Sarawak Report .

NONE Sementara itu, Najib ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral yang didakwa mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan terserah kepada mereka untuk mengambil tindakan.

"Kalau dia (Majlis Agama Islam) anggap sebagai bertentangan dengan peraturan, mencemar Islam dan sebagainya, dia kena ambil tindakan...kita minta dia ambil tindakan," katanya.

Akhbar dan beberapa laman blog menyiarkan gambar ahli parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching, memasuki ruang solat surau itu pada satu majlis penyampaian bantuan, Ahad lalu.

ADS