Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selepas Datuk Seri Anwar  Ibrahim gagal lagi untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, semalam, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mahkamah tinggi menetapkan 14 dan 15 Oktober ini sebagai tarikh perbicaraan disambung semula.

azlan Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu pada sebutan kes yang berlangsung hari ini.

Beliau juga menetapkan 25 hingga 29 Oktober, 22 hingga 26 November dan 6 hingga 10 disember tahun ini sebagai tarikh bicara kes liwat itu seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam sebutan kes hari ini.

Perbicaraan akan bersambung dengan pemeriksaan balas saksi pendakwa kedua, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razali Ibrahim.

Beliau adalah di antara sepasukan doktor yang memeriksa, pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, saksi utama dalam kes ini, telah memberikan testimoninya.

Peguam Anwar - Sankara Nair, berkata perbicaraan akan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2 petang bagi membolehkan mereka yang terbabit dengan sidang parlimen sepanjang tiga bulan itu menghadirinya.

"Ini adalah semasa sesi parlimen dan perbicaraan akan diteruskan,” katanya.

Sidang parlimen dijangka bermula pada 11 Oktober hingga 11 Disember ini.

sankara nair Sankara berkata pihak pembelaan hari ini dalam proses memfailkan permohonan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan semalam itu.

"Saya rasa permohonan akan difailkan menjelang jam 11 pagi,” katanya.

Semalam, panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Ahmad Maarop dan dianggotai oleh dua lagi hakim iaitu Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Ma'ah Azhar menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan tuduhan liwatnya itu.

Hakim Ahmad berkata pihak pendakwa berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut kerana perbicaraan sedang berjalan.

Beliau berkata, bidang kuasa mahkamah ditentukan oleh Seksyen 50 (1) Akta Mahkamah Kehakiman, sama ada ia boleh mendengar dan menentukan sebarang rayuan ketika perbicaraan sedang berjalan.

NONE Pada 16 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah menolak permohonan Karpal untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar, selepas memutuskan bahawa dakwaan hubungan Farah-Saiful tidak menjejaskan kes pendakwa terhadap ketua pembangkang itu.

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

ADS