Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda MIC mahu kerajaan bertindak tegas ke atas semua kakitangan awam yang menghamburkan kata-kata perkauman, agar ia menjadi amaran supaya perkara seumpama itu tidak berulang.

NONE Sehubungan itu, setiausahanya, C Sivarraajah menghantar satu memorandum kepada kerajaan hari ini untuk menuntut tindakan disiplin ke atas beberapa siri kes perkauman yang membabitkan beberapa pengetua, guru dan yang terbaru pegawai kanan Biro Tata Negara.

"Kami mahu tindakan segera ke atas golongan profesional ini...kerana beberapa individu, imej kerajaan dan pentadbiran perdana menteri menjadi pertaruhan,” katanya.

Tindakan displin yang dijanjikan mesti keras bagi mengulangi perkara itu berulang, katanya.

“Sejak kebelakangan beberapa kakitangan kerajaan bertindak melampaui batas dan membuat kenyataan rasis. Adakah trend ini wujud kerana kegagalan Jabatan Perkhidmatan Awam?” soal Sivarraajah.

NONE Lebih 10 ahli majlis eksekutif Pemuda MIC yang diketuai oleh Sivarraajah ( kanan ), menyerahkan memorandum bantahan itu kepada setiausaha sulit, KSN, Tan Sri Mohd Sidek Hassan -  Nordziah Mohamed.

Bulan lalu, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Kulai, Johor, Siti Aishah Mansor, dilaporkan berkata kepada pelajar Cina bahawa ‘mereka tidak diperlukan’ dan ‘boleh pulang ke China’. Dia juga membidas pelajar India yang menggunakan gelang keagamaan dengan berkata hanya ‘anjing yang menggunakannya’.

Seminggu kemudian, pengetua SMK Bukit Selambau di Sungai Petani, Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail, mengeluarkan kenyatan yang hampir sama kepada pelajar Cina.

Jabatan Perkhidmatan Awam yang mengawal-selia tindakan disiplin terhadap pegawai kanan kerajaan masih belum bertindak berhubung perkara itu. Ia berikutan dakwaan timbalan perdana menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk bertindak.

azlan Belumpun isu berkenaan reda, Isnin lalu penolong pengarah BTN Hamim Husin pula menimbulkan kontroversi.

Dia didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Hamim semasa sesi tertutup itu dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi ancaman,” katanya.

Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC”.

Ahad lalu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan mengeluarkan kata-dua kepada kerajaan menuntut tindakan diambil dalam masa dua minggu ke atas mereka itu atau jika tidak menghadapi tindakan undang-undang.

Selain MIC dan MCA, parti-parti Pakatan Rakyat juga membidas kerjaan yang didakwa lambat bertindak.

ADS