Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pergerakan Pemuda MCA mengulangi pendirian parti Cina itu yang menuntut tindakan ke atas kakitangan awam yang menghamburkan kata-kata perkauman dan menggesa BN supaya memulaukan kumpulan pelampau.

mca youth agm 091010 wee ka siong "Saya mesti tegaskan bahawa kepimpinan BN mesti menolak pelampau dan juga kumpulan pelampau,” kata ketuanya, Datuk  Wee Ka Siong pada Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA ke-46 di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

Wee yang juga adalah timbalan menteri pelajaran berkata tindakan itu penting jika BN inginkan sokongan daripada seluruh rakyat kerana dengan bersekongkol dengan kumpulan pelampau akan meminggirkan sesetengah kumpulan masyarakat.

"Ini tidak baik untuk rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.

"Saya gesa pemimpin persekutuan BN untuk bertindak segera ke atas mereka itu dengan sewajarnya. Kita mahu melihat mereka yang mengancam keharmonian negara dihukum,” katanya.

Lebih memeranjatkan, kata Wee sesetengah pelampau itu menghalalkan tindakan mereka dan mendakwa diri mereka sebagai wira.

Lelaki primitif

"Sebenarnya, mereka melakukan semua itu untuk kepentingan peribadi dan semua itu dilakukan dengan mengorbankan perpaduan rakyat yang boleh menjejaskan pembangunan dan masa depan negara,” katanya sambil melabelkan kumpulan itu sebagai “lelaki primitif”.

mca youth agm 091010 05 Nasihat Wee yang juga ahli parlimen Ayer Hitam ialah “anda tidak sesuai pada zaman moden ini, oleh itu lebih baik, pulang ke zaman kuno!”

Beliau berkata pemikiran manusia primitif yang gemar meniupkan api perkauman, tidak sesuai lagi pada abad ke-21 ini dan orang ramai tidak suka kepada mereka yang suka menimbulkan keributan atau yang menyamar sebagai wira negara kerana ia tidak bernilai dan tidak memberi makna kepada mereka.

Katanya sikap melampau seperti itu bukan saja tidak boleh diterima dan tidak bersifat membina, malah boleh mengakibatkan banyak kerosakan.

mca youth agm 091010 13 Meskipun tidak menyebut “lelaki primitif” itu sebagai Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), namun MCA sejak kebelakangan berterusan menggesa Umno supaya menjauhkan diri daripada kumpulan berkenaan yang didakwa banyak menghakis sokongan kepada BN.

Wee, turut menggesa kerajaan supaya menambah saiz kek ekonomi negara untuk membolehkan lebih banyak orang menikmatinya.

Katanya kerajaan perlu menjadi kapten bagi usahawan tempatan, tanpa mengira bangsa dan jenama, dalam mempromosikan produk tempatan di luar negara.

Pandangan global

“Kita perlu melihat ekonomi daripada sudut pandangan global dan memperlengkapkan diri kita agar kita mampu bersaing di arena global. Kita perlu ubah set minda kita dan tidak boleh mengurung diri kita dalam dunia kita yang kecil," katanya.

mca youth agm 091010 10 Beliau berkata sejajar dengan usaha negara untuk meningkatkan daya inovasinya, kerajaan wajar mewujudkan Anugerah Inovasi, termasuk menaja projek yang bersifat inovatif atau memberi insentif atau rebat cukai kepada mereka yang terlibat dalam bidang inovatif untuk menggalakkan lebih banyak orang menyertainya.

“Kita boleh wujudkan mata pelajaran bakat inovatif dan memberi penegasan terhadap keperluan inovasi dalam mata pelajaran lain seperti rekaan fesyen, reka bentuk dalaman dan pengiklanan," katanya.

Sementara itu, beberapa pemimpin sayap parti komponen BN juga kerajaan bertindak keras ke atas kumpulan pelampau yang membangkitkan isu perkauman kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan perpaduan di negara ini.

Isu perkauman

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, berkata ketika negara mengorak langkah ke arah negara maju, semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama perlu bersatu padu dengan memupuk suasana harmoni.

mca youth agm 091010 01 "Kita rakyat Malaysia perlu terus bergerak maju, Jangan kita masih lagi membicarakan atau terus membangkitkan isu perkauman.

"Melayu, Cina atau India, yang pentingnya kita semua rakyat negara ini, kita perlu bersatu menjayakan aspirasi 1Malaysia," katanya,

bagi setiausaha Pemuda MIC, C Sivaraajh berkata, beliau sedih apabila isu perkauman terus dibangkitkan bagi tujuan tertentu walaupun negara sudah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan.

Katanya, semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama berkorban untuk kemajuan negara ini.

"Malaysia sentiasa menjadi contoh kepada negara luar...itu satu perkara yang membanggakan.

"Tetapi, masih ada pihak yang secara berterusan membangkitkan isu perkauman. Perkara ini tidak akan menguntungkan mana-mana pihak," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS