Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno: Nampak sangat PAS tak boleh selesai masalah

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai kedatangan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke satu kawasan di Gua Musang sebelum ini.

Kedatangan Sultan Muhammad sebelum ini dipercayai berkaitan masalah tanah yang dihadapi sekumpulan masyarakat di kawasan tersebut.

galas bn pc 301010 ahmad maslan talking and abdul aziz yusof "Tapi kalau sultan sendiri kena datang selesai, nampak sangat kerajaan negeri tak boleh selesaikan (masalah)," kata Ahmad ketika bercakap kepada pemberita di bilik gerakan BN di Bukit Cekati hari ini.

Beliau menjawab soalan berkenaan yang sebenarnya diajukan kepada calon BN Abdul Aziz Yusof.

Turut ditanya ialah sebab kedatangan Sultan Muhammad V ke kawasan itu sebelum ini, yang ketika itu bergelar Tengku Mahkota Muhammad Faris Petra.

Isu mengenai kedatangan Sultan Muhammad V ke kawasan pilihan raya kecil DUN Galas timbul semalam apabila desas-desus mengenainya dikutip oleh sebuah blog.

Pengelola istana Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad semalam bagaimanapun menafikan desas-desus bahawa Sultan Kelantan akan menyertai kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

ADS