Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Kenaikan harga RON 97 tak jejas undi BN

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata PAS hanya menjadikan kenaikkan harga petrol RON 97 pada Selasa lalu sebagai isu kerana kekurangan modal bagi kempen politik di Galas.

batu sapi by electon muhyiddin speech 291010 "Saya nak tanya, siapa yang guna petrol RON 97 di sini? Semua guna petrol RON 95 betul? Tengok, awak semua guna RON 95," kata Muhyiddin yang juga menteri pelajaran pada satu majlis di Sekolah Kebangsaan Tengku Faez, sebuah kubu kuat PAS di Sungai Terah.

Katanya, kerajaan tidak menaikkan harga gred RON 95 kerana menyedari sebahagian besar rakyat menggunakan petrol yang lebih murah itu.

Justeru, katanya kenaikkan harga petrol gred  RON 97 tidak akan menjejaskan peluang BN di Galas kerana ia tidak membabit kebanyakan pengundi.

"Kita subsidi RON 95 lebih dari RON 97, ramai yang guna RON 95 sebab itu kita kawal harganya,” katanya.

Menurut Muhyiddin lagi adalah satu pembohongan bagi mendakwa kerajaan tidak menjaga kepentingan rakyat dengan membenarkan kenaikkan harga itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol gred RON 97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter semalam bukan satu isu yang patut dimanipulasi.

Ini kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia.

"Pembangkang kata kerajaan naikkan harga. Bukan kerajaan naikkan harga tetapi (kenaikan) berlaku mengikut harga pasaran. Ini berbeza dengan harga petrol RON 95 dan diesel yang masih diberi subsidi dan dikawal kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran inisiatif sistem laluan Identiti Korporat Malaysia (MyCoID) di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, rakyat juga tidak perlu rasa panik kerana lebih 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON 95 selain menjangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini.

Beliau berkata demikian berikutan pembangkang yang didakwa menggunakan isu kenaikan harga minyak RON 97 sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan.

ADS