'Hanya 15% solat' - timbulkan kekecohan

   

BN mengketepikan kajiselidik yang dijalankan sekitar Lembah Kinta oleh pakar motivasi, Dr Fadzillah Kamsah yang mendapati hanya kira-kira 15 peratus umat Islam di Perak menunaikan solat.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209 Menteri Besar Perak yang singkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengungkitkan perkara itu dalam soalan lisannya di dewan undangan negeri dan mahu jawapan berhubung peratus umat Islam yang menunaikan solat lima waktu setiap hari.

Dalam jawapannya, Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata adalah mustahil kajian seumpama itu dijalankan pada masa yang singkat bagi menentukan peratusannya.

Katanya dakwaan Nizar itu adalah tidak tepat dan menyoal sama ada Fadzillah membuat analisis ataupun bancian kerana kedua-dua perkara itu adalah berlainan.

“Ia mungkin lebih 15 peratus di sesetengah tempat manakala tempat-tempat lain mungkin kurang 15 peratus. Jadi bagaimana kita tentukan dan buat kesimpulan hanya 15 peratus umat Islam bersolat?” soalnya.

Kedua-dua mereka kemudian bertikam lidah berhubung usaha parti masing-masing dalam menggalakan umat Islam di Perak menunaikan solat.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda