Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno hantar wang ehsan sampai ke rumah
Diterbitkan:  Dec 11, 2010 10:01 PM
Dikemaskini: 2:26 PM

Semua pemimpin Umno bahagian di Kelantan disaran mendekati rakyat dengan menyampaikan sendiri bantuan wang ehsan kepada penduduk yang layak dari rumah ke rumah, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Awang Adek Hussin.

dr awang adek hussin Katanya, tindakan turun padang pemimpin bahagian adalah lebih berkesan daripada menyampaikan bantuan itu secara berkelompok sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

"Di samping menyampaikan wang itu, mereka juga dapat merasai sendiri bagaimana pahit maung penduduk kampung terutama pada musim tengkujuh ini," katanya selepas merasmikan majlis khatam rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat di Bachok, hari ini.

Seramai 135 murid sekolah rendah di kawasan DUN berkenaan menyertai majlis itu yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok (PPD).

Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, berkata selain itu mereka juga berpeluang menjelaskan isu-isu semasa seperti pengurangan subsidi bahan bakar dan gula kepada penduduk agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah Pakatan Rakyat.

Katanya, akaun wang ehsan masih lagi berbaki lebih RM10 juta daripada RM25 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat dan jumlah baki itu akan dibelanjakan tahun depan dengan melaksanakan pelbagai program berfaedah untuk rakyat di negeri itu.

- Bernama

ADS