Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan Rakyat: Muafakat atau berbalah?
Diterbitkan:  Dec 18, 2010 10:25 AM
Dikemaskini: 12:42 PM

Konvensyen kebangsaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad ini akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

penang pakatan convention 211110 audience 02 Kira-kira 2,000 perwakilan daripada PKR, PAS dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat.

Mereka juga akan mendengar pemimpin mereka menetapkan rentak bagi menghadapi pilihan raya di tengah-tengah laporan mengenai kemerosotan sokongan terhadap pakatan itu.

Pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian ADUN Johor kawasan Tenang daripada BN Datuk Sulaiman Taha awal pagi semalam semestinya akan turut dibincangkan.

NONE Pada zahirnya, Pakatan Rakyat dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda "pemimpin paling utamanya", Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat Wikileaks, dan kini digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Hakikatnya, Pakatan Rakyat kini berada dalam kedudukan berundur, apabila kalah kepada BN dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil yang diadakan tahun ini.

jeff ooi Anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi mengakui bahawa kekalahan dalam pilihan raya kecil itu merupakan "halangan kepada momentum dalam menawan keyakinan rakyat."

"Ini diburukkan lagi oleh situasi negatif yang mendepani Anwar," katanya.

Beliau berkata Pakatan Rakyat perlu memandang serius terhadap beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa persepsi terhadap BN semakin bertambah baik manakala pembangkang pula mula kehilangan sokongan.

NONE Tinjauan pendapat terbaru oleh Universiti Malaya mendapati 43 peratus daripada penduduk di beberapa kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR di Lembah Klang tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Tumbang di Selangor?

Keputusan tinjauan itu turut menunjukkan bahawa krisis PKR telah menjejaskan keyakinan penduduk kepada parti itu dan Anwar.

lim kit siang 201108 Malah pemimpin pakatan pembangkang sendiri percaya bahawa mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang – Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan -- dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ( atas, kiri ) memberi amaran pada konvensyen DAP Selangor bulan lalu bahawa pakatan akan kehilangan negeri itu sekiranya mereka tidak

bersatu padu.

azlan Berdasarkan satu ramalan, pakatan PKR-PAS-DAP akan hanya memenangi 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan tahun depan.

DAP diramal mengekalkan 14 kerusi yang dimenanginya pada 2008, PKR kehilangan 14 dan menang empat dan PAS ditewaskan dalam semua enam kawasan pilihan raya.  

azmin ali sivarasa Ooi berkata konvensyen sehari itu berkemungkinan membincangkan kesan penggantungan Anwar daripada Parlimen berhubung isu Apco, dan R Sivarasa (Subang) ( kanan ), Azmin Ali (Gombak) ( kiri ) serta Karpal Singh (Bukit Gelugor) kerana menghina dewan.

NONE Beliau berkata sesetengah pihak berpendapat penggantungan itu akan meningkatkan sokongan kepada pembangkang.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata Pakatan Rakyat mesti meyakinkan orang bramai bahawa gabungan itu boleh berfungsi, dan "sungguhpun kami mempunyai perbezaan, namun ia tidak membingungkan kami."

Pendedahan WikiLeaks

Beliau mengakui tidak bimbang berhubung sebarang pendedahan oleh WilkiLeaks yang mempunyai kaitan dengan Anwar.

azlan "Saya rasa rakyat faham mengenai apa itu Wikileaks, hanya kebocoran beberapa maklumat komunikasi yang tidak boleh dipercayai, yang nampaknya lebih sekadar

gosip berbanding fakta," katanya.

Pada masa sebahagian besar pemimpin bersetuju bahawa pertelagahan dalam kalangan rakan-rakan gabungan itu telah menjejaskan populariti pembangkang, namun mereka percaya penggantungan Anwar itu akan membantu dalam kedudukan mereka di mata rakyat.     

Penggantungan itu juga, kata mereka, tidak akan menjejaskan perjalanan PKR atau Pakatan Rakyat.

NONE "Sejak setahun lepas, kami telah meletakkan beberapa mekanisme untuk memperkukuhkan pakatan memandangkan pakatan bukanlah mengenai individu. Penggantungan Anwar tidak akan menjejaskan proses kami membuat keputusan," kata pengarah strategi PKR Tian Chua.

NONE Sungguhpun beberapa negeri nampaknya agak perlahan dalam melaksanakan dasar bersama yang diterima pakai pada konvensyen pertama pakatan pembangkang di Shah Alam pada Disember 2009, namun sebahagian besar daripadanya telah pun dilaksanakan, kata Tian Chua.

saifuddin nasution Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution berkata butiran mengenai kerangka dasar bersama itu akan diumumkan pada konvensyen berkenaan, terutamanya mengenai perancangan pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Cabaran KITA

"Anthony Loke (DAP), Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan saya sendiri akan membentangkan butirannya sungguhpun kerangka dasar bersama itu sangatlah luas," katanya.

NONE Pakatan Rakyat juga berdepan cabaran daripada bekas anggota seperti Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan PKR dan kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Terdapat juga Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini oleh sekumpulan warga Malaysia yang bermastautin di London.

Kumpulan itu dikatakan merancang untuk meletakkan "lebih banyak calon yang profesional dan beretika" dalam pilihan raya umum akan datang dan berkemungkinan memberi tumpuan kepada Lembah Klang.

 

interventionist monarchs forum 020408 malik imtiaz Pergerakan itu telah menamakan peguam hak asasi manusia terkemuka, Malik Imtiaz Sarwar, sebagai calon pertamanya pada pilihan raya umum akan datang.

Para pemimpin pembangkang percaya bahawa kumpulan itu kekurangan sokongan dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi seperti yang dikatakan oleh Ooi, "masih memerhatikan mereka dengan senyap-senyap."

- Bernama

ADS