Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli perniagaan Chia Buang Hing sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap anggota polis yang dikatakan menyerang dan merompak wang tunai RM13,000 daripadanya awal bulan ini.

NONE Satu siasatan polis telah dimulakan, dengan Chia mengenal pasti beberapa anggota polis dalam kawat cam semalam.

Chia (kiri) dipanggil ke balai polis daerah Petaling Jaya pagi semalam untuk mengecam mereka yang menyerangnya dan untuk dirakam kenyataannya.

Ahli perniagaan berusia 34 tahun itu mengecam empat anggota polis yang merupakan antara orang yang menyerangnya.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng - yang mengiringi Chia ketika dia membuat laporan polis - ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli perniagaan itu akan memaklumkan tindakan lanjutnya dalam satu sidang akhbar esok.

"Beliau akan memaklumkan tindakan lanjut yang akan diambilnya. Itu adalah bahagian pertama," kata Lim.

NONE "Bahagian kedua, beliau akan menyangkal tuduhan polis terhadapnya

berkaitan tuduhan memiliki dadah dan parang ketika ditangkap," kata ahli parlimen DAP itu lagi.

Lim berkata, Chia yang menjalankan perniagaan membuat bingkai gambar, tidak ada hari ini, kerana pulang ke kampungnya di Tanjung Sepat, Selangor tetapi akan mendedahkan maklumat terperinci mengenainya dalam sidang akhbar jam 2 petang esok.

[Baca berita penuh]

ADS