Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS sambut sinis lantikan Isa ketuai Felda
Diterbitkan:  Dec 28, 2010 11:09 AM
Dikemaskini: 3:23 AM

Perlantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi FELDA yang baru disambut sinis oleh PAS.

idris ahmad pas information chief Ketua penerangannya Idris Ahmadn ( kiri ) berkata, mereka hairan, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkenal dengan pelbagai slogan perubahan, tiba-tiba melantik Isa yang pernah disabitkan dengan rasuah pada tahun 2005 oleh  Lembaga Disiplin Umno sendiri.

"Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak (calon lain) di kalangan ahli Umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja.

"Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu," kata Idris lagi.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan lantikan itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

Pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai penasihat kepada menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini juga berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

ADS