Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tabiat baca rakyat Malaysia naik 1.3 peratus
Diterbitkan:  Jan 22, 2011 10:14 AM
Dikemaskini: 2:59 AM

Tabiat membaca di kalangan orang ramai meningkat sedikit sebanyak 1.3 peratus tahun lepas dengan 56,676 telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan tempatan di seluruh negara, menurut statistik Perpustakaan Negara.

australia media visit 290107 islamic college library Timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata dalam tempoh itu 776,347 buku telah dipinjam oleh para pembaca iaitu peningkatan 9.5 peratus berbanding 2009.

Beliau memberikan butiran ini semasa melancarkan kempen galakan membaca 1Malaysia, kali pertama tahun ini, di sebuah rumah panjang Iban, Rh. Ijam di Nanga Sebuntang di kawasan Parlimen Julau di Julau, malam tadi.

"Rakyat Malaysia terutama di kawasan bandar pada umumnya kini mula menanam tabiat suka membaca.

"Bagi yang tinggal di kawasan luar bandar patut mengikut langkah ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan semasa," katanya.

kwong wah yit poh new buildiing opening 110607 reading Salang berkata adalah penting supaya orang ramai mengamalkan budaya itu secara berterusan agar usaha kerajaan bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dapat menjadi kenyataan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Salang berkata, beliau akan berusaha mewujudkan lebih banyak perkampungan Wi-Fi bagi melengkapkan usaha Perpustakaan Negara bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang meminjam buku dari perpustakaan supaya memulangkannya mengikut jadual bagi memberi peluang orang lain meminjamnya pula.

"Kami bangga bilangan yang gagal memulangkan buku-buku mengikut jadual tidak banyak. Meminjam buku adalah satu latihan mengenai disiplin peribadi," katanya.

Salang juga menyampaikan bantuan khas berjumlah RM100,000 dari kementeriannya kepada lebih 20 pertubuhan agama dan sosial dari daerah Julau dan Pakan.

- Bernama

ADS