Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 1,900 mangsa diselamatkan
Diterbitkan:  Jan 22, 2011 3:22 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Kira-kira 1,930 mangsa kes pemerdagangan orang daripada 20 negara berjaya diselamatkan oleh pihak penguatkuasa tempatan sejak 2008 hingga Disember tahun lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap, berkata daripada jumlah itu, 708 orang dikenal pasti sebagai mangsa sebenar dan diberikan perintah perlindungan dan selebihnya diserahkan ke kedutaan masing-masing untuk tindakan lanjut.

prostitution, desa mentari, police raid Katanya, 434 orang pula ditangkap berkaitan dengan kes terbabit dan pertuduhan dibuat terhadap mereka oleh Jabatan Peguam Negara.

"Statistik ini sudah cukup memuaskan hati berbanding negara-negara lain yang turut menguatkuasakan Akta AntiPemerdagangan Orang dan penyeludupan Migran yang sama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran Antipemerdagangan Orang anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Raja Azhar berkata, kesedaran orang ramai mengenai kesalahan memperdagangkan manusia masih di tahap kurang memuaskan kerana masih ramai yang tidak bekerjasama dengan pihak penguatkuasa tempatan dalam menangani masalah berkenaan.

prostitution, desa mentari, police raid Justeru itu, beliau menasihatkan agar orang ramai yang curiga mengenai pergerakan kumpulan-kumpulan tertentu supaya terus menghubungi talian 999 yang diwujudkan kerajaan bagi menyalurkan apa sahaja maklumat mengenai mereka yang melanggar peraturan negara.

Raja Azhar berkata, aktiviti-aktiviti kesedaran mengenai isu itu juga akan terus dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

"Terbaru NCWO sedang dalam perbincangan bagi mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran dan guru-guru besar sekolah supaya satu sesi penerangan singkat megenai isu pemerdagangan orang dapat dibuat di setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, kemungkinan pada perhimpunan pagi," katanya.

 - Bernama

ADS