Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MBE: Muhyiddin nafi k'jaan tunduk desakan
Diterbitkan:  Feb 10, 2011 1:15 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin hari ini menafikan andaian kononnya kerajaan tunduk kepada bantahan beberapa kumpulan diketuai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang menyebabkan Model Baru Ekonomi (MBE) fasa kedua dikurangkan.

NONE Katanya, apa yang dirancangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Abdul Razak, masih utuh, termasuk langkah-langkah bagi menuju ke arah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Isu itu tidak timbul. Kami ambil (perhatian) semua komponen masyarakat, sama ada bumiputera mahupun bukan bumiputera.

"Tak berbangkit soal pengurangan atau tekanan mana-mana pihak. Bagi kami sebagai kerajaan (MBE) itu adalah baik yang boleh memenuhi tuntutan semua peringkat nak jadi negara maju berpendapatan tinggi pada 2020," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini.

NONE Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Zainal Aznam Mohd Yusof bahawa PERKASA dan kumpulan puak kanan yang lain begitu lantang menolak perlupusan 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera sehingga menyebabkan agenda MBE sukar dilaksanakan.

"(Cadangan ini) dibelasah dan dicerut oleh kumpulan sayap kanan yang diketuai oleh PERKASA. Mereka mahu membakar fasa satu (MBE).

"...PERKASA berkata kita tidak mempunyai roh Melayu,” kata Zainal Aznam.

Malott bohong

Ditanya mengenai dakwaan John Malott yang mengecam kemunafikan Najib berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal , Muhyiddin berkata ia adalah pendapat peribadi mantan duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia itu.

NONE Katanya, tidak perlu diperbesarkan isu berkenaan, kerana Malott bukan lagi seorang duta.

"Itu hal dia. Dia bukan ada status apa-apa. Dia bekas duta, tak tahu pun dia tinggal di mana sekarang. Kenapa kita nak besar-besarkan pandangan dia? Dia bukan presiden atau bekas perdana menteri.

"Dia pernah ada di sini tapi dia buat cerita bohong. Mungkin dia sahabat baik dengan Pakatan Rakyat, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi dia pusinglah cerita," katanya.

Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, dalam artikel tersebut berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

may 13 generic may13 riot racial race communal 190507 Dakwanya, di sebalik slogan itu, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.

"Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott.

ADS