Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pencalonan enam calon kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) ditolak hari ini atas alasan borang pencalonan mereka tidak lengkap.

Mereka adalah antara 41 calon pro-M yang mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan Isnin depan.

Sebanyak 43 kerusi dipertanding tahun ini, iaitu tujuh kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan empat kerusi siswazah.

Enam pelajar terbabit mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di dua kerusi umum dan empat kerusi fakulti.

Sehubungan itu, pengerusi pro-M UPM, Syed Syafiq Syed Hashim berkata, pihaknya telah mengemukakan bantahan secara lisan kepada ketua jawatankuasa pemilihan, Muhazam Mansor.

Sehingga jam 3 petang ini, mereka masih menunggu keputusan bantahan mereka itu.

Menurutnya, pencalonan mereka ditolak kerana didakwa tidak mengisi borang pencalonan dengan lengkap seperti butiran alamat dan juga tidak ada cop pengesahan daripada dekan fakulti.

Keputusan ini dijadual dimaklumkan kepada pihak berkenaan pada jam 10 malam ini melalui panggilan telefon.

ADS