Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Universiti Malaya (UM) akhirnya membenarkan dua daripada empat mahasiswanya bertanding dalam pilihan raya kampus universiti itu pada 21 Februari ini setelah menimbangkan bantahan mereka sebelum ini.

NONE Pengerusi Pro-Mahasiswa (pro-M) universiti itu Farid Jalpah berkata, kedua-dua mahasiswa daripada kumpulannya itu dimaklumkan secara lisan oleh Naib Canselor UM Prof Datuk Ghauth Jasmon pada jam 2.35 petang tadi.

"Selepas pertemuan (kedua pihak) lima minit, alasan (bantahan) mereka diterima," kata Farid.

Pagi tadi, kira-kira 60 orang berkumpul di perkarangan bangunan pejabat timbalan naib canselor Hal Ehwal Pelajar sambil menolak pintu masuk ke tempat itu dan mengusung patung mayat tanda membantah tindakan UM tidak membenarkan enam mahasiswa bertanding dalam pilihan raya kampus.

NONE Mereka dilarang kerana didakwa mengalami masalah kesihatan dan tidak hadir penuh sesi taklimat calon tanpa alasan kukuh.

Empat daripadanya calon pro-M dan dua lagi calon bebas yang cenderung kepada kumpulan yang sering dilabel sebagai anti pentadbiran kampus.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Farid berkata calon yang dibenarkan bertanding itu Tan Tiong Yih (kerusi umum) dan seorang lagi calon fakulti Yeong Lee Kee.

Dalam perkembangan sebentar tadi (8.00 malam), permohonan dua lagi calon pro-M - Muhammad Naufal Md Isa dan Hoo Chyi Huat - ditolak jawatankuasa pemilihan.

Dengan keputusan terkini UM itu, pro-M kini bakal bertanding di 27 daripada 43 kerusi. Difahamkan musuh mereka Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali Pro-Aspirasi) bertanding di kesemua kerusi.

ADS